Oh Bersedekah …

Posted on

Assalamualaikum,sempena ramadhan al-mubarak mesti banyak di kalangan yang berkemampuan bersedekah, adakah sedekah hanya harus dilakukan ketika datangnya ramadhan al-mubarak?

Apakah dimaksudkan sedekah?

Pengertian sedekah dalam islam iaitu suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara bersahaja dan sukarela tanpa adanya batasan waktu atau nilai/jumlah sedekah, ianya juga bererti  Juga berertii sesuatu pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Continue reading »


kawanselamanya

Diantara Nasihat Sayyidina Ali Bin Abi Talib

Posted on

Assalamualaikum, Sedang aku sibuk mencari sesuatu dalam uncle google terjumpa satu laman, dimana apa yang aku kongsi diambil dari halaman http://murabbiy.com , Berkaitan nasihat sayyidina Ali Bin Abi Talib . Semuga memberi manafaat bersama.

  1.  Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
  2.  Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
  3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
  4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
  5.  Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.
  6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.
  7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
  8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
  9.  Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
  10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
  11.  Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
  12. Mengajar adalah belajar.
  13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
  14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
  15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.
  16.  Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah. ..
  17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
  18.  Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
  19.  Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
  20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu..

Sumber http://murabbiy.com/2012/01/40-nasihat-sayyidina-ali-bin-abi-talib-k-w-j/ .