Pengenalan Pendawaian Rangkaian Part 1
Assalamualaikum, salam sejahtera agak lama aku tidak berkongsi sesuatu buat sahabat-sahabat blogger, so entry kali ini aku akan berkongsi berkaitan pengenalan pendawaian rangkaian, sudah mesti ada dikalangan anda lebih mengetahwi dari aku, apa yang aku cuba kongsi berkaitan nota pembelajaran bagi semeseter 4, jurusan sistem komputer dan sokongan. Semuga perkongsian ini memberi manafaat buat semua.
Mungkin entry ini akan mempunyai bahagian-bahagianya, untuk entry kali ini aku akan menerangkan secara ringkas pengenalan kepada pendawaian rangkaian.
Apa itu pendawaian rangkaian?
- Rangkaian dimana menghubungkan dua atau lebih perkakasan komputer yang mana terpisah dari segi fizikalnya manakala pendawaian merujuk kepada jenis kabel yang digunakan bergantung kepada lokasi/tempat pembinaan rangkaian itu.
Pendawaian rangkaian pula terbahagi kepada 3 iaitu :-
- Pendawaian berstruktur.
- Piawai pengkabelan.
- Peraturan pendawaian berstruktur ( Lan ).
Apa itu pendawaian berstruktur?
- Membahagikan keseluruhan infrastruktur rangkaian kepada blok-blok yang sistematik, dimana ianya mengabungkan blok-blok tersebut membentuk rangkain berprestasi tinggi. Bagi pengguna ( user ) pula sistem ini adalah satu perlindungan terjamin jika berlaku sebarang masalah rangkaian pada masa akan datang.
Diantara kelebihan pendawaian berstruktur iaitu :-
- Konsisten – Sistem perkabelan berstruktur bererti sistem perkabelan sama untuk data, suara dan video.
- Menyokong pelbagai pengeluar (vendor) peralatan – Sistem perkabelan yang berstruktur dan berpiawai akan menyokong pelbagai perkakasan meskipun daripada pengeluar yang berlainan dan boleh digabungkan perkakasan yang digunakan daripada pelbagai pengeluar.
- Mudahkan pemindahan, penambahandan perubahan – Sistem perkabelan berstruktur menyokong sebarang perubahan yang ingin dilakukan ke atas sistem rangkaian di masa hadapan.
- Menjimatkan kos – pemencilan kerosakan. Dengan membahagikan keseluruhan infrastruktur itu ke dalam blok-blok terurus, ia mudah mengukur dan mengasingkan kerosakan tertentu dengan betul tanpa perlu memeriksa keseluruhan rangkaian. Dengan ini kos senggaraan dapat dikungkan ke tahap yang minima.
- Menyokong untuk penggunaan masa hadapan – Sistem perkabelan berstruktur menyokong penggunaan masa hadapan seperti multimedia, persidangan video dan lain-lain tanpa melakukan terlalu banyak perubahan ke atas keseluruhan sistem.
- Memudahkan senggaraan – Dengan sistem perkabelan berstruktur, masalah-masalah yang dihadapi lebih senang untuk dikenalpasti, lebih mudah untuk mengasingkan (mengelaskan) dan lebih mudah untuk dibaikpulih.
Insyallah untuk entry seteruskan akan menerangkan serba sedikit berkaitan piawai pengkabelan rangkaian.


atie semakin mantap dalam IT… teruskan ayie semoga maju jaya…
mancai recently posted..Inovasi dalam kepimpinan
Thank q, berkat kesabaran dalam menimba ilmu, nak dibandingkan dengan bro mancai lagi hebat
..
AyieBlog recently posted..Diantara Nasihat Sayyidina Ali Bin Abi Talib