Kegagalan Sebenarnya Mengajar Anda Kejayaan.

by Ayieblog on August 6, 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera entry kali ini ayieblog mengajak anda lagi sekali berpikir, berkaitan ” Kegagalan Mengajar Anda Kejayaan ”  Kegagalan itu ada banyak jenis.. Contohnya, orang gagal dalam percintaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam  hidup dan banyak lagi.

Anda perlulah berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas. Sekiranya anda tak berani maka ia sudah memberi ‘petanda’ hati kita memerlukan ‘motivasi’ dan ‘inspirasi’ dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup.

Kegagalan dalam hidup bererti seseorang selalu merasa gagal dalam mencapai segala sesuatu. Padahal, sebenarya kegagalan itu tidak ada kerana anda terus berjuang dan mencari cara yang lebih baik untuk mencapai kejayaan. Kegagalan merupakan sebuah kesalahan hidup yang dilakukan manusia itu sendiri.

Contoh seperti  Thomas Alva Edison dalam usahanya mencipta lampu dengan 999 kali percubaan. Dalam hidup ini tak semestinya kita berjaya saja.. ada masa kita gagal dan sepatutnya dengan kegagalan itu diambil iktibar dan pengajaran darinya. Sehingga pada suatu saat Thomas Alva Edison, pencipta lampu itu mengatakan : “Saya tidak pernah menemui kegagalan dalam 10000x percubaan saya mencipta lampu, yang saya temui adalah 10000 bahan itu tidak sesuai untuk dijadikan lampu” disini dari kegagalan kita belajar sesuatu.

Beliau juga pernah ditanya  “Anda sudah mengalami ratusan kegagalan, apakah anda tidak bosan dengan kegagalan-kegagalan yang anda alami?” Thomas pun memberikan jawaban dengan lantang, “Justru dengan kegagalan-kegagalan itu, saya akan mengetahui ribuan cara agar lampu tidak menyala.”

Gagal bukan bererti kalah,Gagal bukan bererti gagal selamanya,Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan. Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas.Kegagalan mematang dan mendewasakan kita Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.

Jangan takut pada kegagalan kerana dari kegagalan maka datangnya kejayaan, belajar sesuatu dari kegagalan, insyallah kejayaan akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 14 comments… read them below or add one }

Siti Nurhayati August 6, 2011 at 5:57 am

Sangat terkesan dengan satu kata-kata ni ” Apabila kamu gagal, jangan anggap itu sebagai satu lagi kegagalan. Tapi terimalah sebagai satu lagi cara untuk menemui kejayaan.

*Terima kasih untuk entry yang memberikan semangat ni :)

Reply

ayieblog August 6, 2011 at 6:02 am

@Siti Nurhayati, sama-sama kasih dan sayang :), setiap perkataan adalah motivasi buat diri penulis sendiri :)…

Reply

wazy August 11, 2011 at 11:13 am

Hidup kita ni mestilah berani untuk gagal,Insya Allah kejayaan menyusul kemudian

Reply

ayieblog August 11, 2011 at 1:31 pm

@wazy, yeep setiap manusia pernah gagal tetapi bangkitlah dari kegagalan :)..

Reply

mancai August 16, 2011 at 2:18 pm

dalam kegagalan ada kejayaan… dalam kejayaan ada kegagalan… cuma pandai2lah imbang setelah terima kejayaan… sekadar pendapat…

Reply

ayieblog August 17, 2011 at 9:19 am

@mancai, Betul doh 2 bro mancai :)… maaf lambat reply agak kesibukan :).

Reply

bEe August 16, 2011 at 5:12 pm

Dari bEe kecil hingga saat ini bEe pegang pd kata2 :-

1) Hendak 1000 Daya, Tak Hendak 1000 Dalih….
2) Setiap apa yg berlaku adalah Qada & Qadar Allah

:-) Sbb itu apabila bEe gagal dlm sesuatu matlamat / perhubungan sesama manusia / gagal mcm2 bEe akan ingat balik pegangan bEe kat atas. InsyaAllah, bEe akan senyum balik walau hati tersangatlah sakit ;)

Reply

ayieblog August 17, 2011 at 9:20 am

@bEe, betul sekali bee :)…

Reply

bEe August 16, 2011 at 5:14 pm

Ayie,
Pegangan hidup awak lbh kurang mcm bEe…

Ingin menjadi yg TERBAIK dari yg BAIK…. :-D Wonderful berjumpa dgn org yg punya watak sama dgn bEe…

Confirm keras hati neh ek :-P

Reply

ayieblog August 17, 2011 at 9:20 am

@bEe, lebih kurang or kurang lebih bee? :)….

Reply

MR.Z August 17, 2011 at 3:52 am

betul tu bro, kegagalan mematangkan kita.. harap2 kegagalan yang kita tempuhi dapat kita terima dengan tabah dan berusaha untuk kejayaan.. :wink:

Reply

ayieblog August 17, 2011 at 9:21 am

@MR.Z, yeep kegagalan itu sebenarnya kejayaan :), so belajar dari kesilapan itulah erti sebuah kehidupan :), jika kehidupan tanpa kegagalan tiada makna :).

Reply

Ireen November 4, 2011 at 12:54 pm

Assalamualaikum..
Kegagalan itu sgt menyakitkan. Semangat terus hilang .
Air mata sentiasa bergenang. Setelah baca post di atas,lega rasanya hati. Akan cuba dgn lebih baik lagi. Terima kasih dgn kata-kata semangat di atas . (”,)

Reply

Ayieblog November 5, 2011 at 12:51 am

@Ireen, yeep Walaikumsalam, sama-sama … kegagalan itu sakit tapi bangkitlah dari kegagalan dan, tekad tidak akan melakukan kegagalah tersebut buat kedua kalinya :).

Reply

Leave a Comment

*
Protected with IP Blacklist CloudIP Blacklist Cloud

Previous post:

Next post: