Diantara Nasihat Sayyidina Ali Bin Abi Talib
Assalamualaikum, Sedang aku sibuk mencari sesuatu dalam uncle google terjumpa satu laman, dimana apa yang aku kongsi diambil dari halaman http://murabbiy.com , Berkaitan nasihat sayyidina Ali Bin Abi Talib . Semuga memberi manafaat bersama.
- Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
- Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
- Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.
- Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.
- Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.
- Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.
- Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.
- Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.
- Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.
- Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
- Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
- Mengajar adalah belajar.
- Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
- Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
- Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.
- Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah. ..
- Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.
- Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
- Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
- Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu..
Sumber http://murabbiy.com/2012/01/40-nasihat-sayyidina-ali-bin-abi-talib-k-w-j/ .


masyaAllah..betapa berharganya nasihat2 nie..barangsiapa yg bertaqwa pada Allah, seperti Ali r.a. Allah akan membuka pintu hikmah kepadanya. Memang usia tua itu emas, sama sperti Luqman a.s., hingga kisahnya tercatat dalam Al-Quran walaupun dia bukan seorang Nabi. tapi disebabkan pergaulannya dgn bnyk para Nabi dan Rasul, dan usianya yg panjang, Allah telah merakamkan kisah dan mutiara hikmah drpdnya kpd anak2nya dalam Surah Luqman..
minta izin copy..tp untuk bacaan sendiri
Wira Chomel recently posted Eksklusif: Kucing Pertama Berjaya Main Bola di Piala Dunia!
Yeep.. betul apa yang saudara sampaikan, ambilah kerana saya sendiri ambil dari laman lain..
.
AyieBlog recently posted..Diantara Nasihat Sayyidina Ali Bin Abi Talib
jazakallah.. semoga menjadi iktibar buat kita bersama

MR.Z recently posted..Temuduga Terbuka Buat Semua Bakal Calon Jenazah
Salam. Alhamdulillah. sangat bermanfaat untuk dihayati oleh setiap orang islam. Semoga hidup kita akan selalu diberkati olehNya.
Walaikumsalam, insyallah semuga apa yang dikongsi memberi manafaat
….
Ayieblog recently posted..Aku & Sekolah .. dot dot dot …
terima kasih, perkongsian yang sangat bermanfaat ni ayie…
mancai recently posted..Inovasi dalam kepimpinan
Sama-sama kasih
..
AyieBlog recently posted..Diantara Nasihat Sayyidina Ali Bin Abi Talib